Saturday, June 20, 2009

Soalan yang kerap ditanya

Soalan : Adakah kolostrum lembu sesuai untuk bayi yang baru lahir ?

Jawapan : Kolostrum boleh membantu bayi untuk membesar dengan pelbagai cara seperti meningkatkan daya penumpuan dan daya ingatan. Seringkali kanak-kanak yang kurang mengambil kolostrum dijangkiti demam selsema atau penyakit lain yang dipindahkan melalui teman mereka di sekolah. (My personal Advice : Wait untill yr baby reach 2 yrs old...bfeeding them please:) )
Soalan : Apa itu Kolostrum ?

Jawapan : Kolostrum yang dikenali sebagai “Makanan Utama Semulajadi (yang dikurniakan Allah)” membekalkan bahan imunisasi, tumbesaran dan kombinasi bahan mineral yang penting untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Kolostrum merupakan bahan yang unik dan mengandungi makanan lengkap seperti pelbagai jenis imunoglobulin, antibodi dan bahan imunisasai tambahan seperti laktoferin, interfron prolene peptida. Bahan-bahan ni diperlukan oleh tubuh badan untuk menghindari daripada infeksi kuman dan memulihkan kembali fungsi imunisasi badan.
Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut dan usus. Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Hampir 80% punca jangkitan adalah bermula dari sistem pencernaan. Jadi,kunci kepada faktor pencegahan untuk kesihatan yang baik seharusnya bermula dari perut dan usus iaitu dengan mengambil kolostrum setiap hari.
Soalan : Apa pula Alpha Lipid Lifeline?
Jawapan: Alpha Lipid merupakan pemakanan kesihatan yang paling seimbang, sempurna dan berkhasiat. Ia merupakan susu awal lembu atau lebih dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum adalah susu awal mamalia yg dihasilkan pada peringkat awal ibu-ibu melahirkan anak (Manusia/Haiwan). Iaitu dalam jangkamasa 72 jam pertama selepas melahirkan. Ianya kaya dengan antibodi semulajadi merupakan sumber makanan yg paling berkhasiat kerana mengandungi semua jenis vitamin dan garam mineral yangg diperlukan tubuh. Ia adalah Pemakanan Semulajadi yang Selamat Sesuai untuk Semua Peringkat Umur.
Soalan : Apa yang terkandung di dalam Alpha Lipid ?

Jawapan: Vitamin di dalam Kolostrum Alpha Lipid
Vitamin A - Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12 - Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6 - Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3 - Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin C - Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D - Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
Vitamin E - Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.
Bahan Mineral
Folic Acid - Pembentukan darah (merah) baru.
Magnesium - Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
Iron - Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Sodium - Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
Kalsium - Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid “monopous” akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
Potassium - Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.
Kandungan Total Immunoglobulin
IgA : Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.
IgM : Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.
IgE : Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.
IgG : Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.
IgD : Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.
IgFI & IgFII : IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.
Bahan Tambahan
Complex Lipid (Dipatent - Unik) ~ Mengikut kajian tanpa Complex Lipid, penyerapan kolostrum yang diambil hanya sebanyak 20% sahaja, manakala 80% lagi akan dikeluarkan. Dengannya 80% akan diserap dan hanya 20% akan dikumuhkan.
Probiotix ~ Khasiat probiotix adalah seperti yang terdapat di dalam Yakult.
Prebiotix ~ Pemangkin kepada probiotix.
Soalan : Bagaimana kolostrum menghasilkan agen anti-penuaan ?

Jawapan : Kolostrum memberi tindakbalas dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi di dalam badan dan meningkatkan kesihatan. Apabila usia telah matang, tubuh badan mula kurang mengeluarkan hormon perkembangan. Hormon ini amat penting bagi penghasilan sel dan tisu badan. Kajian menunjukkan, ketika seseorang berumur 80 tahun, hampir tiada hormon ini dikeluarkan oleh tubuh badan.Oleh kerana kurang sel dan tisu baru dijana oleh tubuh, maka kulit badan mengedut dan tubuh badan kelihatan tidak bermaya menunjukkan proses penuaan berlaku. Kolostrum yang menenyediakan hormon perkembangan menjana semula pada tahap yang sesuai bagi memungkin kadar penuaan ini berkurang.
Soalan : Harga sebuah kesihatan dengan Kolostrum Alpha Lipid ?

Jawapan : Harga satu tin (450g) Alpha Lipid LifeLine ini hanyalah RM180 sahaja. Hanya 1 skop penuh sehari diperlukan untuk khasiat yang berbagai demi kesihatan tubuh kita dan keluarga, ia merupakan minuman kesihatan yang paling lengkap dan paling murah di pasaran. Kos per gram kolostrum alpha lipid adalah sebanyak RM0.40
Adalah dianggarkan 1 skop (diberikan bagi setiap tin yang dibeli) mempunyai berat sebanyak 10 gram dan 1 tin kebiasaannya akan habis dalam 45 hari. Oleh itu kos yang ditanggung untuk mengambil kolostrum alpha lipid adalah sebanyak RM4.00 sehari.
Soalan :Bolehkah kolostrum diambil bersama bahan tambahan kesihatan serta bahan ubatan lain ?

Jawapan :Kolostrum sebenarnya membantu tubuh badan dan berfungsi mengawal kadar penyerapan badan. Ia membantu melegakan sitem penghadaman sehingga bahan-bahan tambahan seperti herba, makanan dan lain-lain boleh dicerna dengan baik oleh sistem badab. Walaupon kolostrum tidak mempunyai interaksi dengan dadah, namun kesan ubat-ubatan tersebut akan menjadi lebih baik.
Soalan : Bagaimana cara Penyediaan?
Jawapan : CARA PENYEDIAAN
Minggu Pertama : 1/2 skop sehariMinggu kedua dan
Seterusnya : 1 hingga 2 skup sehari. Diambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong. 1 skop penuh + 100ml air sejuk.Masukkan air sejuk dahulu, baru masukkan Alpha Lipid dan digoncangkan hingga sekata.

PESANAN :

Gunakan air sejuk atau air mineral. Penggunaan air panas boleh menyebabkan unsur protein ternyahasli dan mikrorganism di dalam mati dan tidak berfungsi dengan kata lain, air panas akan merosakkan kandungan Susu. Sesuai diambil oleh semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan bayi.

No comments:

Post a Comment