Tuesday, September 8, 2009

TIPS DARI JUTAWAN



Ini petikan motivasi diambil dari seorang jutawan- Abang Abu (motivator)


Strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D


Huraian : A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.


last but not least,

"Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya."

2 comments: