Thursday, September 10, 2009

Menyusu di bulan Ramadhan



Kemampuan untuk melahirkan anak dan menyusu badan adalah kelebihan istimewa yang ada pada setiap wanita. Umum mengetahui betapa istimewanya susu ibu, sumber paling berkhasiat untuk bayi


Ramai yang mengetahui saya masih menyusu si kecil Kaseh, walaupun usianya sudah menginjak setahun 2 bulan. Dan ramai pula ibu2 muda yang pertama kali bersalin, be it my friends, relatives atau collegues yang bersemangat untuk menyusu bayi mereka risau akan hadirnya bulan Ramadhan. Untungnya, ibu-ibu mengandung dan menyusu badan tergolong di kalangan mereka yang dibenarkan untuk tidak berpuasa(rukhsah).Tahun lepas saya tak berpeluang merasai sepenuhnya nikmat ramadhan kerana baru sahaja bersalin kan lil Kaseh. Tahun ini matlamat saya untuk mencukupkan rukun Islam ni walau saya tahu akan 'berehat' seketika kerana red flag:)

Ramai yang bertanya bagaimana untuk mengekal dan menambah pengeluaran susu? Adakah susu yang dihasilkan di bulan Ramadhan masih punya khasiat yang sama kesan dari pengambilan makanan yang kurang.


Jawapannya adalah TIDAK. Berpuasa langsung tak meninggalkan kesan kepada susu yang dihasilkan. Jumlah susu badan yang dihasilkan sebenarnya bergantung kepada kekerapan seseorang bayi menyusu dan perlukan. 2 hormon dilepaskan semasa bayi mula menghisap iaitu hormon prolaktin-hormon pengeluaran susu dan hormon oksitosin-hormon yang membolehkan pengeluaran susu. Lagi banyak bayi menyusu, lebih banyak susu yang dikeluarkan.Alhamdulillah..walau Ramadhan bakal berakhir tidak lama lg, production susu saya semakin hari semakin banyak seperti 6 bulan pertama lil Kaseh exclusively bf.

Persiapan saya? Jujurnya, saya bukan penyedia stok susu yang tegar. Stok susu untuk lil Kaseh sekadar cukup jika saya tinggalkannya (outstation) semaksimum pon seminggu. Memikirkan bulan ramadhan ini aktiviti 'mengunyah' menjadi kurang, saya tetap akan pastikan lil Kaseh tidak skip dari menikmati khasiat susu badan:)


Amalan saya? Saya amalkan Kolostrum Alpha Lipid sebanyak 2 gelas sehari, iaitu selepas waktu berbuka dan sebelum bersahur. hasilnya? Naahh...setiap 2-3 jam di pejabat, saya perlu pam susu! Seronoknya saya tak rasa dehidrate, lapar atau dahaga:) Alhamdulillah rezeki Kaseh, dalam tempoh 8-5 pm di pejabat saya mampu pam sehingga 18-20 oz susu. Lil Kaseh pon makan solid, sudahnya fridge di rumah ummi penuh dengan botol2 stok susu Kaseh :)

TERUSKAN PENYUSUAN DI BULAN PUASA

 
Ada sebahagian yang mula membuat persiapan FM, risau production susu drop, risau sangat body tak mampu tanggung beban pada masa yang sama. Bear in mind, penyusuan memerlukan banyak tenaga. Saranan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) seseorang ibu yang menyusu badan memerlukan antara 2700 hingga 2900 kcal jumlah kalori! No wonder la, bulan puasa ni saja saya mampu menurunkan berat badan hampir 4kg!. Namun saya advice juga bagi yang tidak berkemampuan, terasa letih berpuasa dan menyusu pada waktu yang sama agar berpuasa selang sehari atau seminggu sekali. Tetapi, penyusuan perlu diteruskan. Ia bukan sesuatu yang boleh dihenti dan dimulakan semula sesuka hati.Dikhuatiri selesai ramadhan nanti, sekiranya ibu mahu kembali menyusu badan, ibu mungkin ketiadaan susu untuk anaknya.

Petikan dari seorang pakar paed dan laktasi, Dr Koe Swrr Lee ..."susu ibu merupakan sumber nutrien terbaik untuk bayi dan tidak boleh diganti oleh sumber lain. Melalui penyusuan badan, bayi mendapat perkembangan fizikal dan mental yang sihat, sokongan emosi yang penuh kasih sayang dan antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan. Dengan susu badan, bayi tidak memerlukan sebarang susu lain, laktogen, puting atau air. Semuanya lengkap dengan disediakan dalam susu ibu."


Istimewanya bulan Ramadhan ini, kita sebenarnya melakukan 2 ibadah iaitu - Berpuasa dan Menyusukan anak. Menyusukan lil Kaseh merupakan momen untuk mengeratkan hubungan saya dan lil Kaseh. True enough, saya sendiri merasai perasaan sayang dan bond antara saya dan lil Kaseh ketika menyusukannya.

Yang paling penting adalah iltizam dan semangat. Kalau punya keazaman disertai usaha dan berdoa, insyaallah dipermudahkan Allah untuk menyusu bayi kita.

4 comments:

  1. Salam

    saya setuju sangat, puasa sbnrnya tak jejaskan pengeluaran susu, sbb saya pun ada terbaca artikel, tp dah lupa dah artikel mana, sbb tu saya yakin jer susu tetap ada walaupun tak sebanyak ada :D

    mudah2an kita dipermudahkan kan kan

    ReplyDelete
  2. Salam kenal...wow bagus tu..semangat yg bagus..selamat berpuasa n berbuka jgak

    ReplyDelete
  3. salam..u nak link kedai costume tuh kan...ni dia...

    http://www.abracadabra-costume.com/enquiry.htm
    anyway,,,tq sebab singgah blog saya yer! :)

    ReplyDelete